Posts

Showing posts from August, 2018

ASIQS Explore

          Pada suatu hari Nurin Jasmin dan Icha sedang berborak tentang trip ke Perak. Nur: Assalamualaikum Icha dan Jasmin, korang sedang berborak tentang apa?  Jas & Icha: Waalaikumussalam Nurin. Jas: Kami sedang berborak tentang trip ke Perak. Icha: Kami mahu pergi ke Gua Tempurung di Perak, kamu mahu ikut? Nur: Di mana kita akan tinggal dan berapa mahu kita bayar? Jas: Kita boleh tinggal di homestay dan bayarannya adalah RM150. Nur: Kita akan buat apa di sana? Icha: Kita akan pergi ke Gua Tempurung dan Orang Utan Island. Nur: Bunyi macam menarik saya wajib pergi!

Saat Yang Paling Indah Di Asiqs

Image
          Saya bersekolah di ASIQS selama 5 tahun dan saat-saat pailing terindah di ASIQS adalah sewaktu saya dan Jasmin di Pusat Sains Negara.           Di situ ada banyak benda yang menarik seperti realiti maya, Survive The Bunker dan playground yang sangat besar. Saya dan Jasmin masuk ke dalam dan main.                    Tempat kegemaran saya di situ adalah Survive The Bnker. Sewaktu saya dan kawan-kawan saya masuk ke dalam itu kawan saya Yasmin mula menangis dan saya orang yang paling depan. Dan selepas balik semua pelajar makan, ambil gambar dan bersurai.                                         

Subjek kegemaran saya

Image
           Di ASIQS ada banyak subjek, subjek kegemaran saya adalah sirah QCS. Subjek ini belajar tentang sirah, saya suka dengar cerita tentang nabi muhammad.           Yang ajar subjek itu adalah abang AB yang dikenali sebagai Mohd Shamsul Bahari. Abang AB sanagt pandai megguna komputer. Subjek sirah memang seronok kerana cikgu itu pandai bercerita.          Benda yang menarik tentang subjek ini adalah kerana cikgu itu pandai bercerita benda yang menarik. Cerita yang saya paling suka adalah tentang Bilal Bin Rabbah.                                                                            ...

Sekolah baru ASIQS

Image
           Nama saya Nurin saya akan cerita kan tentang tempat tempat baru di space U8 Shah Alam. Sewaktu saya masuk di tempat baru ini saya terkejut kerana saya ingat tempat ini kecil. Selepas saya pusing satu sekolah saya baru tau yang tempat ini besar.           Dari rumah saya ke Asiqs hanya ambil 15 minit sahaja. Sewaktu balik semua pelajar  perlu berkumpul di gym.          Dan tempat rehat kami bukan macam dulu, sekarang ini kami semua rehat di kafe di sebelah Asiqs. Nama kafe itu adalah 2in1 kafe and salon. Kafe itu penuh dengan meja dan kerusi, muat untuk semua pelajar Asiqs. Dan yang saya tidak suka pasal kafeitu adalah di tempat basuh tangan ada penghawa dingin yang lebih sejuk daripada penghawa dingin di tempat makan.                                           ...